Tuesday, September 18, 2012

angin perubahan,



it is hard u know...

to watch someone, somebody that u used to be so closed to, share everything together through thick and thin, being closed to somebody else, just right in front of ur face... 



benar bagai ditinta, bahawa hidup ini umpama roda yang berputar... 

kadang kita di atas, terkadang pula kita di bawah.. 

di kala kita di atas, anggaplah bahawa kita ini ibarat gula yg sangat sangat lah manisnya...maka ramailah semut yang akan berkerumun di sekeliling, memuji kemanisan dan betapa indahnya ciptaan tuhan pada diri kita...  yang asing menjadi kenal, yang lawan menjadi kawan, yang kawan? menjadi saudara taulan... 

namun hakikatnya manusia, tidak pernah puas pantang pula rasa bersyukur dgn segala nikmat...

terkadang terlupa dan terleka...  

dan, hanya begitu sahaja...dek kerana adanya angin perubahan yg melanda segalanya berubah... yang kawan kembali menjadi lawan, yang kenal kembali menjadi asing... kerana ingatlah, sedangkan hidup ini juga adalah hanya pinjaman kepada nyawa, apetah pula nikmat yg dikurnia... 


tapi yang lebih memilukan, apabila kononnya ketika zaman kegemilangan yang berjanji bersumpah sehidup semati, juga hanyut ditelan keadaan, juga lemas mengikut suasana yang menuntut menjadi sedemikian rupa... kawan yang disangka sahabat, rupanya hanyalah seperti mereka yang lain..tiada yang berbeza, tiada yang lebihnya... Malu melihat diri percaya, kecewa membiarkan perasaan terpedaya... tak perlu menunggu bertahun lamanya, hanya dalam sekelip mata, tempat ku hilang dari mata...dari hati...



namun ada baiknya angin perubahan yang melanda, kerana di sini lah baru kite kenal sesiapa yang benar2 ada muka atau hanya bermuka muka... kerana sebesar mana pun anda berusaha, sekuat mana pon anda mencuba...pasti akan ada kurangnya, pasti punya cacat cela nya...

and this goes to each and everyone of u. 
mohon terasa.


dear Anip, 

marilah bermuhasabah diri dan cekal kan hati..

Jangan pernah melihat ke belakang lagi ~ 



1 comment:

  1. nice one!! nak terasa boley... apakan daya... Allah knows everything....

    ReplyDelete