Friday, February 4, 2011

-Humanity -


ASsalamuAlaikum every1..

wow, its been a month I didnt check in here..
and its February already.. yerp, getting older..wat else..;)


ketika dan saat ini, betapa hepi nye kite sedang meraikan 2nd day of Chinese New Year, namun
hati terdetik untuk berbicara mengenai krisis dan rusuhan yg berlaku di bumi Islam yg nun jauh di seberang, MESIR..

Mungkin ramai yg sedia maklum mengenai revolusi rakyat Mesir yg rata2 nye mahukan perubahan tampuk pimpinan dr presiden sedai ada..

Yerp, politik lah yg menentukan jatuh bangunnya seorang pemimpin,
politik juga lah yg menjadi penanda aras terhadap kemajuan sesebuah negara..

Hosni Mubarak, Presiden yg telah berkurun lamanya memerintah Mesir, yg dikatakan tidak membawa banyak perubahan dan kemajuan yg diharapkan, sekutu Israel dan Amerika khususnya dan bg sebuah negara majoritinya ISLAM, that's not good at ALL..

Hosni tau masanya akan tiba, begitulah juga penyokong nya..
tapi mungkin di luar jangkaan beliau adalah "hari kemarahan" yg dianjurkan oleh rakyatnya..
itu mengubah segalanya...
melumpuhkan ekonomi, sistem keselamatan, pendidikan etc..
huru hara negara di buatnye..

Seperti yg sedia maklum, MESIR merupakan salah sebuah negara yg berteraskan pendidikan, Islam terutamanya..maka, yg menjadi concern yg utama buat rakyat negara ini mengenai krisis di sana adalah nasib rakyat kita di sebalik rusuhan yg tidak terkawal ini..

dilaporkan hampir 4000 rakyat MAlaysia yg bermastautin di sana, terdiri drpd golongan pelajar, pekerja, kedutaan dan keluarga masing2...

Kerajaan telah dan sedang melakukan apa yg termampu,
pelajar dan rakyat juga bergerak dgn insiatif sendiri..
sesungguhnye, hanya tuhan dan mereka yg berada di sana saje yg tau keadaan sebenar..

saya cukup tersentuh, tersinggung, terkesima dan bermacam ter lagi lah dgn beberapa bacaaan mengenai nasib rakyat kita di sana..

untk pengetahuan semua, saya telah banyak membaca untuk mendapatkan keadaan sebenar di sana...ada yg menyentuh hati, membimbangkan dan ada yg menyakitkan hati..
dan semuanye kerana politik ! ape lagi kan...

bukan bermaksud anti politik, malah saya mengikuti perkembangan politik dalam dan luar negara..

namun, yg menjadi masalh utama mata dan hati saya adalah mengenai penulisan segelintir mereka yg taksub dgn politik tanpa mengira masa ini..

malah, krisis di MESIR juga dipolitikkan!

rasional? tidak sungguh, jauh sekali dr sentimen keperimanusiaan..

ada yang mengkritik tindakan pihak kerajaan yg lambat mebuat tindakan, katanya pemerintah sibuk menghabiskan duit rakyat dr member bantuan kpd yg memerlukan, pulak!

benar mereka lambat, tp mungkin bersebab, dan ketika ini tindakan mngeluarkan semua mereka dari sana sedang dilakukan..."its better late than never right"

lebih menggelikan hati, ade seorg blogger pro kerajaan pula yg meminta agar hanya pelajar yg menyokong kerajaan sahaja di bawa pulang, kerana menurut beliau yg bijak pandai, mereka yg tak sokong kerajaan xlayak dapat bantuan kerajaan..durr!
absolute durr!

Ini lah yg selama ini saya kesalkan..baik dr segi sukan hingga ke hiburan,
sumenye perlu dipolitikkan! politik sana, politik sini..

hinggakan sekarang, keselamatan manusia iaitu rakyat sendiri pun sanggup dipolitikkan oleh mereka yg TAKSUB sgt nie..

come on la, grown up peoples..
jgn sampai kite pula yg mengalami nasib yg same seperti MESIR, jauhkanla..

apapepun, menurut seorg teman di sana, keadaan ada kalanya tidak sperti yg di gambarkan..
dan akalanya lebih dahsyat dr yang boleh dibayangkan..

dan keputusan untuk membawa keluar semua rakyat dari sana adalah tepat..
selamatkan lah rakyat kita di sana selagi kita berkesempatan..

doa saya agar semua rakyat kita dan umat ISLAM di sana baik2 sahaja..
mungkin ada hikmah di sebalik semua yg berlaku...

harap semua nya tidak dipolitikkan...
muak, mual dan muntah!

PEACE & CHILL












No comments:

Post a Comment