Wednesday, December 29, 2010

Kekalahan untuk Kemenangan !


HeLLo Hai,

jom kite mulakan artikel nie dgn petikan dr pengurus bolasepak kebangsaan, Dato Subahan KamaL...

"sebenarnya saya dan coach Raja memberi sasaran kepada kejohanan AFF 2012 untuk peak nanti, tetapi pasukan muda ini mengejutkan kita, inilah rezeki".

Tahniah Harimau Malaya, pastinya ini satu kejayaan yg gemilang sebagai penutup rentetan kehebatan atlet kita di pentas antarabangsa untuk tahun 2010 ini.

Banyak yg nak dan boleh diperkatakan tentang kejayaan bersejarah ini..

Pertama,
kita menjulang piala keemasan tersebut buat pertama kali sejak ianya mula diperkenalkan pada 1996...

Kedua,
kita menang dgn keringat dari anak tempatan sepenuhnya, tidak seperti hampir kesemua negara Asean yg mengikut trend mengambil pemain import sbg pemain mereka... Jurulatih dan pegawai pasukan juga warga tempatan, sweet kan?

Ketiga,
kita menjadi pasukan keempat di rantau ini untuk bergelar JUARA, selepas Thailand, Singapore dan Vietnam..

Keempat,
kebanyakn pemain ini adalah pemain muda dan yg paling muda didalam kejohanan kali ini...adunan yg baik dari rajagobal, walaupun tanpa hampir 6 tonggak utama yg cedera.

Kelima,
dan yg paling BEST, kita berjaya benam ego Indonesia di pentas final dan menjadi kuasa baru di rantau ini..Sweetah!


Bukanlah sesuatu yg menghairankan untuk kita menjadi juara, cuma kita dahagakan kemenangan ini terlalu lama..

Tahniah Malaysia,
Tahniah Rajagobal,
Tahniah pihak pengurusan...

Kekalkan momentum kemenangan dan kejayaan ini..
InsyAllah, kita berada di landasan yg betul..
asalkan penyakit lame org atasan tak berulang..


Kita mulakan dgn kekalahan, kita akhiri dgn kekalahan..
tetapi kita pulang dengan kejayaan!

Tahniah !

P/s - more to come on my review of this young teaM!, personally!









No comments:

Post a Comment