Friday, December 17, 2010

-PabiLa semuanye POLITIK-


Assalamualaikum..

ketika saya menulis, malam ini akan adalah malam penentu kepada kebangkitan bolasepak pasukan Malaysia di Piala AFF Suzuki di Hanoi, mampukah kita?
dan esok, pertembungan dua gergasi EPL yg dikatakan bakal penentu kejuaraan..
mampukah chelsea? haha..

by da way, bukan bola yg nk di bualkan...kengkadang, terlalu byk bola pun boleh muntah gak..(NOT TRUE!) hari nie, saye nk berkongsi pengalaman dan pandangan tentang senario politik kite yg nk mual da saye tgk...

saya berkesempatan menyaksikan KONSERT PERMATA SENI atas jemputan seorang kawan minggu lepas...Alhamdulillah, acara yg berlangsung di Istana Budaya itu SANGAT mengkagumkan... Bebudak pun ade bakat yg org puluhan tahun belum tentu mampu ada.. Unik, Karismatic dan semangat, 3 words that best describes mereka. Kecanggihan IStana Budaya, Kehebatan pengajar2 mereka pun da cukup menggambarkan betapa program ini bukan sekadar suka2 menghabiskan duit rakyat, malah ianya sesuatu yg wajar dipuji,,,

Malangnya, ia menjadi busuk apabila ianya dipolitik atau disalahtafsirkan hanya kepada satu individu yg kononnya menjadi pengasas kepada pertubuhan ini. semuanya terarah kepada beliau. semuanya memuji kepada kesanggupan beliau dalam usaha murninya menganjurkan program seumpama ini. Durr...

Tidak salah memberi penghargaan tetapi cukuplah sekali..kita tau, memang beliau lah SEGALANYA buat konsert itu, tetapi x perlulah sampai pembukaan pun muka die sampai 5 minit, penutupan pulak slideshow pasal beliau dgn suami tercinta sepanjang2 lagu...DURRR...kata nk carik bakat cilik, ape kejadahnya...

bukan x sokong kerajaan, malah saya tak layak pun lagi nk berbicara pasal semua ini..
tp selaku rakyat yang prihatin, perkara sebegini boleh dielakkan..
ramai ibubapa yg hadir pun mesti lagi prefer nk tgk muka anak2 yg perform kat skrin besar tu dari muka diorg..
cukuplah dgn budaya mengampu nie...
cukuplah dgn budaya nk dapat nama nie...
suma ini DURRR je...

Harap jangan di salah tafsir, bukan membenci tetap tidak mengerti...
menjadi org berkuasa bukan bermakna perlu gila kuasa...
bukan mempertikaikan keikhlasan, tetapi mempersoalkan keperluan...

di harap campurtangan politik di dalam perkara yg bukan politik ini di hentikan la..
jika konsert untuk bebudak, biarkan la bebudak yg berbakat ini mendapat semua sportlight, sebab mereka mmg layak...

Jadikan senario bolasepak ketika ini sbg satu contoh, bukan tiada tetapi pabila kurangnya campurtangan politik di dalam bolasepak sekarang nie, lihat saja pada kemajuan yg kita ada...itu yg terbaek..
bukan saya membenci politik, tiada masalah, cuma salurkan pada saluran yg betul..
kerana bukan semua PERLU di Politikkan...

renung2 kan, dan selamat BeraMaL..

saya selitkan jugak beberapa gamba persembahan bebudak ini pada malam tersebut..



Gimik pembukaan berkonsepkan permata..


Koir yg TERBAEK, bimbingan shafinaz!


Gabungan Tarian dr pelbagai konsep!


Indah kan tanpa POLITIK...

Chill and CooL..!!

No comments:

Post a Comment