Sunday, December 19, 2010

-Masa untuk Buktikan! -


Salam seantero dunia..Selamat pagi Malaysia.
jom berbicara mengenai BOLA! *muntah*




Ingat lagikah bila saye berkata mengenai DEJAVU?
Benar bagai dijangka, Malaysia akan menentang jiran tetangga *a fierce rival* INDONESIA
dalam final secara timbal balik untuk perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010.

Jom kite imbas sedikit sejarah dan fakta yg menarik...

2008 (Sukan SEA)
kita tewas 2-3 kepada vietnam di perlawanan pembukaan, bangkit dan terus bangkit..
bawa pulang pingat emas selepas berpuluh tahun..hebat bukan?

2010 (worldcup)
Spain tewas 0-1 ditangan switzerland di perlawanan pembukaan, menepati ramalan, Spain pulang membawa piala kebanggan ke Madrid tanpa ancaman yg besar? Spain mmg Hebat!

See? DEJAVU right?
bukan mengatakan sesuatu yg pasti, tetapi itu lah bolasepak..
teringat di zaman persekolahan, coach kata "bola ni ade kitabnye..hehe"

bukan itu persoalan, bukan itu topik yg ingin di bualkan....
Sebenarnya bagi saya, melangkah ke Final adalah kejayaan, menjadi juara hanyalah bonus yg teramat enak nikmatnya..dan yg pasti, kita sudah menuggu terlalu lama untuk itu..

Sebelum kejohanan bermula, seperti biasa, ramai yg mengkritik dari memberi harapan...
hinggakan soal pemilihan pemain juga di salak mengalahkan jurulatih kebangsaan...
ramai yg persoalkan rasional Malaysia menghantar pasukan yg sama untuk dua kejohanan yg berturutan (sukan Asia dan AFF)..
hinggakan ada yg mempersoalkan faktor kenegerian...tak rasional, kan?

ini lah masalahnya..baik yg duk di singgahsana kepimpinan persatuan dan yg menjadi jurulatih di kedai aden tomyam..bercakap ibarat pernah ke piala dunia, walhal baru wakili taman dan seangkatan dengannya.

kita hanya inginkan keputusan, tanpa melihat kepada perancangan... Lihat sahaja Thailand, walaupun pahit menelan kekalahan, masih positif dan memandang kehadapan, Piala Dunia yg menjadi tujuan, dan kekalahan mereka ambil sbg satu pengajaran...bukan melatah tak keruan...haish!

Overall, pasukan Malaysia sebenarnya bukan pilihan tuk menjuarai perlawanan nanti. di atas kertas, Indonesia punya segala kelebihan. malah, second leg pun kita perlu bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno, bermakna bekalan di Bukit Jalil perlu di perhebatkan. mungkin strategi ketika menjinakkan Vietnam di separuh akhir boleh diguna pakai, tetapi perlukan penambahbaikan...kerana Indonesia, bukan calang2..

Saya yakin, Rajagobal punya segala ramuan, lupakan kekalahan memalukan di peringkat kumpulan...
Malaysia sebuah pasukan yg bermula perlahan, tetapi bangkit dan memuncak di pengakhiran.
"we're peaking at the right moment of the tournament"

disiplin yg baik, dgt baik di bahagian pertahanan....kelincahan Norshahrul di depan dan komitmen dr pemain yg TAKDE jantung spt Kunalan dan kekebalan si "Unsung hero" - Amar Rohidan pasti amat di tagih ketika final nanti...Salute kepada psaukan muda Malaysia, jika ingin melihat satu team performance yg baik, merekalah contoh terbaik.

" we might no play pretty football, but we play effective football..and in football, the most effective team win! "

Percayalah, walaupun kemenangan yg kita harapkan..dalam masa yg sama, belajarlah menerima kekalahan... kerana itulah yg mendewasakan...frankly speaking, pasukan sedia ada ini punya masa depan yg cerah, dan kita sebenarnya berada di landasan yg sangat2 betul untuk mengembalikan era SUPER MOKH...kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


just, dun stop believing..
and keep on supporting! yieha!


Cool and ChiLL!










No comments:

Post a Comment